Latar Belakang Syarikat

Sahabat Raja Izuddin Iskandar Shah Berhad (SRIISB) ditubuhkan pada 23hb Jun 2006 dengan No. Pendaftaran 738772-T dan merupakan sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputra.

Syarikat ini beroperasi di No. 56A Jalan Jejaka Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur. SRIISB merupakan sebuah syarikat berhad menurut syer dengan modal berbayar RM1,000,000.00 dan modal dibenarkan RM5,000,000.00.

Ia menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan pengurusan perundingan dan penasihat kepada mana-mana badan berdaftar serta pelbagai lagi bidang yang berkait rapat dengan bidang pengurusan.

SAHABAT RAJA IZUDDIN ISKANDAR SHAH BERHAD adalah sebuah syarikat Berhad yang menjalankan pelbagai bidang seperti Pemaju Perumahan, Pembiayaan Kewangan dan lain-lain lagi. SRIIS Berhad mempunyai rakan usahasama dari Canada iaitu RPC Technologies Ltd yang kini membiayai projek-projek kerajaan RMK-9 yang bernilai 2 billion.

Kini Koperasi Sahabat Raja Izuddin Iskandar Shah Berhad telah menambat hati Novalife.CC Co. Ltd, Hong Kong untuk memberi francais novalife.cc dan akan memenuhi impian anda selama ini.

Novalife adalah satu program yang canggih serta menyediakan satu pelan perancangan perniagaan yang luar biasa serta dapat membantu merialisasi impian hidup anda dan cepat menjana pendapatan anda sekeluarga dalam masa yang singkat. Baru dilancarkan pada pada 25-08-2008


WAWASAN SYARIKAT
Wawasan utama syarikat ini ialah untuk menjadi syarikat yang berdaya maju dan teguh menerusi kualiti yang ditetapkan oleh syarikat ini dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan menetapi masa dengan kerjasama serta pengurusan yang baik. berdasarkan pengalaman dan kemahiran, syarikat Sahabat Raja Izuddin iskandar Shah berhad (SRIISB) dengan bangganya ingin menawarkan pengetahuan dan pengalaman kerja bagi yang berpotensi tinggi.

Syarikat juga akan terus berusaha untuk memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik dalam usaha membangunkan lagi prestasi syarikat ini agar dapat bersaing dan berdiri teguh seperti syarikat-syarikat lain.


CARTA ORGANISASI SYARIKAT




BIODATA PENGARAH


Dato' Hj. Ibrahim B. Hj. Zulkifli DPTJ
Executive Chairman Kumpulan SRIISB

Berkelulusan di dalam bidang Pentadbiran Awam di sebuah kolej tempatan. Mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang pengurusan sektor korporat.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Khas kepada YAM Raja Izuddin Iskandar Shah Berhad selama hampir 15 tahun. Oleh yang demikian sebagai penghargaan kepada YAM, beliau telah membuka sebuah syarikat di atas nama YAM Raja Izuddin Iskandar Shah setelah mendapat keizinan untuk berbuat demikian.


Dr. Ahmad Fairul Fauzi B. Mohd Idris PhD
Director / CEO

Telah berkecimpung di dalam bidang Jualan dan Pemasaran hampir 20 tahun. Beliau mempunyai Ijazah dan Sarjana di dalam bidang perniagaan dan pentadbiran dari Universiti Tempatan.
Pada tahun 2003, beliau telah mendapat Ijazah Kedoktoran PhD di Universiti of California, Amerika Syarikat di bidang Perniagaan dan Pemasaran (Multi-Level Marketing) dan telah membuat kajian jurusan Network Marketing. Antara syarikat yang pernah beliau bertugas ialah Daihatsu (Malaysia) Sdn. Bhd., Hanadera Far East Crop, Mirage Marketing Sdn. Bhd., Maxcare Marketing Sdn. Bhd. dan Nova Direct Sdn. Bhd.


SAHABAT RAJA IZUDDIN ISKANDAR SHAH BERHAD (738772-T)
No: 56A, Jalan Jejaka Taman Maluri,
55100 Kuala Lumpur.
Malaysia.:

Tel/Fax: 03-92815327
E-mail: sriisb@gmail.com
Website : http://www.sriisb.cc/